PJJ

12:27:00 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Lamanya tak bersuara kat sini.

Rutin harian dah berubah sejak 2 minggu lepas. 

Alhamdulillah Allah makbulkan doa Mommy yang dipohon tiap hari walau masih belum sempurna. Takpe. Syukur Alhamdulillah!

Mommy dan Arissa sekarang ni dah berada di kampung halaman. Kelantan. Bukan balik bercuti. Tapi insyaAllah balik untuk mula kehidupan kat sini. InsyaAllah.

Papa?

Papa masih di KL. Mommy dah penat sangat nak jawab bila orang tanya pasal ni. Mostly yang tau pasal Mommy dapat bertukar ke Kelantan ni mesti tanya "Habis husband macam mana?". Sebab tu la Mommy cuba untuk tak hebohkan kat FB sebab Mommy malas nak jawab soalan macam tu.

Mana ada orang suka duduk jauh dari suami. Tambahan pisahkan anak dari ayahnya. Tapi tolong la paham. Kalau la famili kitorang ni kaya raya, boleh senang-senang je Papa pun tukar balik Kelantan.

Lagi yang menyakitkan hati bila orang-orang terdekat yang masuk campur. Belum try pun lagi apply kerja, resume pun tak update lagi, tapi mulut tu dah jatuhkan semangat kita. Ayat yang biasa dah Mommy dengat "Nak kerja pa la kat Kelantan ni". Haiii laa... Kadang nak je rasa jadi kurang ajar. Sama macam yang dorang cakap kat Mommy dulu "Mimpi je la nak balik keja sini. Sampai pencen pun keje kat Kl nu". Tapi Allah yang lagi berkuasa. Dia nak kita ni usaha dulu. Jangan tau mintak je.

Doa saja tanpa usaha tapi terus nak tawakal takkan dapat apa-apa. Sia-sia!

Nanti Mommy cerita proses macamana Mommy dapat balik Kelantan ni. Semuanya macam mimpi lagi. Macam tak percaya. Mommy rasa macam kebetulan yang Allah dah rancang bila kita doa kepadaNya dan juga berusaha.