Me Time

4:07:00 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Ya Allah lamanya Mommy tinggalkan blog ni. Macam biasa la benda yang nak ditulis memang banyak tapi masa dan mood yang takde.

Hari ni rasa nak tulis sangat lepas baca post ni kat news feed FB baru kejap tadi.


Mommy tak sure betul ke tak kalau kisah ni pasal suami isteri yang excident naik motor ke? 

MasyaAllah! Sedihnya Mommy tengok air muka anak yang paling bongsu ni. Terus teringat Arissa. Mesti dia rindu yang teramat sangat dengan mak ayah dia. Kakak dan abang  mampu nak ungkapkan nak luahkan perasaan bila rindu kan. Tapi budak seusia ni tau ke dia mana mak ayah dia? Mommy taip ni pun dah kabur mata. Dah sebak. Kita ni yang tengok je. Diorang yang rasa yang menanggung. Ya Allah! Kuatkanlah semangat diorang. Pertemukanlah diorang dengan orang yang mempu menjaga dan beri kasih sayang secukupnya.

Mommy teringat last week first time tinggal Arissa lama sebab ada kursus. Kursus kali ni disediakan asrama. Kelas sampai ke malam. Kursusnya start hari Selasa sampai Khamis. Mommy bertolak Isnin malam ke KL. 

Arissa mula-mula ok lagi. Buat donno je bila mommy duk bersiap. Tapi bila tengok mommy dah siap terus peluk. Nak dukung. Biasanya kalau Kak Alin sepupu dia ada, dia boleh tak layan Mommy ni. Sampai nak ikut Kak Alin balik. Tapi kali ni tak. Puas Kak Alin pujuk. Bila sebut nak jumpa Tasha baru la dia nak. Tapi tak seceria biasa.

Malam tu naik flight pun Mommy dah start soksek soksek nangis control2. Teringat wehh... Padahal kalau naik flight dengan dia selalu Mommy tension sebab dia tak duduk diam. Konon bila naik sorang ni tenang. Dapat la spend "Me Time". Tak seronok!

Sampai KL jumpa Papa pun rasa tak seronok sangat. Rasa macam kurang something. Sepanjang kursus, asal Mommy call rumah Mok Long tanya pasal Arissa mesti sebak. Cepat-cepat nak kena letak sebab nanti kang nangis. Asal sebut atau teringat je mesti mata dah berkaca. Tidur malam tak payah cakap la. Memang menangis dalam selimut. Dah macam orang gaduh dengan boyfriend pulak. Masa start PJJ dengan Papa takde pulak macam tu.

Habis kursus, balik KL. Mommy spend 2 malam kat KL sebab hari Jumaat Papa kerja. Kesian la pulak kalau terus balik. Hari Sabtu kitorang nak gi shopping baju raya kononnya. Bila sembang dengan Papa, asal sebut je pasal Arissa, Mommy dah sebak. Huh memang cengeng sungguh lah! Naluri ibu kot ^__^

Hari Sabtu memang kitorang keluar shopping. Tapi bukan shopping baju raya. Shopping baju Arissa dengan toys untuk dia. Balasan sebab Mommy tinggalkan dia. Itu pun masih rasa tak cukup lagi dengan masa yang Mommy dah rugi sebab tak bersama dia.

Papa lagi la... gigih betul dia nak cari Play Doh Eggs. Arissa ni kalau bukak Youtube dia sokmo nak tengok Play Dog Eggs. Tapi Mommy dah Google katanya kat Malaysia takde. Tak dibenarkan masuk. Tak tau la betul ke tak.

Ni bendanya


Sebab takde so kitorang cari mesin yang masuk duit 50 sen yang boleh keluar telur. Tapi bila kita nak time tu la susah nak jumpa. Dekat Toys r Us ada. Tapi sebiji harga 2 token. 1 token = RM5. Huhu RM10 sebiji. Papa beli jugak 1.

Pusing-pusing kat kedai runcit akhirnya jumpa la. Dah macam jakun pulak kami ni duk main benda tu. Murah je yang ni. 20 sen ada. 50 sen ada. Paling mahal pun RM2 tapi tak menarik macam yang di Toys r Us la. 

Balik rumah Papa punya la semangat terus wrap telur tu. Ada yang wrap plai play doh. Ada yang pakai wrapping paper.

Sebagai nak menebus balik masa yang kami tinggalkan dia selama 5 hari 5 malam memang kopak jugak la. 1 beg separuh isi dengan baju dia. 1 recycle bag penuh dengan toys. Siap balut lagi.

Malam Mommy sampai airport tu tengok dia rasa nak berderai air mata. Arissa pun tak berenggang langsung.

Ya Allah syukurnya boleh jumpa lagi dengan anak. Alhamdulillah.