Lesen L Diapers aka Potty Train

2:14:00 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum !!!

MasyaAllah rindunya kat blog hidup segan mati tak mahu-mahu ni.... ^-^

Sibuk sangat ke hidup sekarang?? MasyaAllah sangat-sangat sibuk. Tapi syukur Alhamdulillah sebab kesibukan ni juga la Mommy tak meroyan sangat rindu Papa. Siapa tak rindu teman sekatil sebantal oiiiii...

Bab rindu-merindu kita tak payah nak stori kat sini lagi. Hari ni nak cerita pasal episod perjalanan hidup Arissa dengan pampersnya. Hehe!

Alhamdulillah. Walaupun sedikit lewat dari target yang Mommy dah set, tapi syukur sebab ianya takde la sesukar mana bila tiba masanya.

Kalau ikutkan Mommy target nak diapers wean off sebelum Arissa cukup 3 tahun. Maknanya masuk 3 tahun dah tak pakai pampers kecuali tidur malam. Tapi apakan daya kita cuma mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya.

Masa birthday Arissa yang ke-3, Mommy ingatkan dah berjaya dah sebab on 18 June 2014 balik dari school baru perasan dia tak pakai pampers. Tapi bertahan cuma 2 hari. Hari berikutnya dia terbocor dan Mommy termarah. Hehe! Rasanya sebelum masuk 3 tahun pun dah try potty train tapi asal letak kat toilet dia buat bunyi "shussssss shussss" pastu terus cakap "Dah!". Gamaknya dia pikir kencing ni maknanya buat bunyi gitu. Huhu!

21 Ogos 2014
Balik rumah lepas mandi petang, Mommy tak pakaikan dia pampers. Masalahnya dia ni bila tak pakai pampers dia macam tahan dari kencing. Sampai ke malam pukul 10 tak kencing. Lenguh Mommy tanya nak kencing tak nak kencing tak. Nak masuk tidur baru pakaikan. Besoknya pun sama. Tapi kali ni Mommy pesan siap-siap kat cikgu dia jangan pakaikan pampers petang. Alhamdulillah akhirnya Arissa buang air kat toilet. 1st time uuuu!!! Tu pun lepas Mommy nampak dia terkepit-kepit duk tahan. Dia pun macam teruja. Lusanya pulak dia sendiri cakap dah beyak. Ya Allah hepinya Mommy toksah cakap la. senang sikit nak cuci kalau kat toilet ni.

Start lepas tu Mommy cuma bekalkan 1 keping je pampers ke school. Kalau weekend tak kemana-mana memang dia tak pakai langsung kecuali tidur. 

Jimat wehhh.... Pampers pun Mommy beli yang pants sekarang ni.

Moral story.... jangan dipaksa sangat! Bila sampai masa dan anak dah bersedia, proses potty train ni jadi sangat senang. Start dari 21 Ogos 2014 sampai sekarang, baru sekali Arissa terbocor. Tu nanti next Mommy cerita. Bukan salah dia. Salah Mommy. Haha!