Seronok ke Jadi Bos?

2:38:00 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum


Bulan ni dah masuk 1 tahun 6 bulan Mommy bertugas di negeri sendiri. Dekat sini Mommy ada unit sendiri. Unit kecik sangat aje. Staf bawah pun sorang je. Dekat state biasanya cuma ada pegawai 41/44 je. Jadinya secara rasmi Mommy ni Ketua Unit yang cinonet. Hehe!

Bertugas di state ni orang selalu cakap seronok, relaks, banyak masa free. Tapi kenapa Mommy tak pernah rasa pun semua tu....? Mesti nak cakap kalau tak free tak kan Mommy ada masa nak karang entry ni kan? Haa.... Mommy sekarang ni dalam proses pertukaran kembali ke federal. Ada 2 minggu je lagi. Hari ni so stress. So stop kejap kerja kita membebel kat sini.

Bagi jabatan yang ramai staf dia dalam unit tu memang la bos dia boleh relaks sikit. Macam Mommy ni cuma ada sorang N17 tapi buat kerja technician. Jadi 80% tugas unit ni Mommy yang perlu selesaikan. Lagipun dia jurusan lain. Dia kerja ni pun ilmu dia cari sendiri. Bab teknikal memang Mommy serah kat dia. I memang fail lah!

Last week ada staf kat sini cakap "Lepah ni duk denu boh tok jadi boh doh la. Duk denu takdok bilik. Srupo nga ore biaso jah la". Ehhhh... Mommy tak kisah la. Best sangat ke ada bilik sendiri? Dari segi privacy memang la best. Nak kentut pun bebas. Tapi tak bestnya bila orang kat luar duk bergelak ramai-ramai. Kita sunyi je dalam bilik. Takkan asyik nak duduk luar bilik. Nanti orang cakap takde kerja. Tapi bila kita diam je dalam bilik. Orang cakap kita tidur. Hishhhh! Kadang geram rasa nak jerit kuat-kuat. "Aku duk dalam bilik ni buat kerja ko lahhhh! Bukan macam ko asyik keluar minum pagi petang!"

Sori.......

Hari ni sedikit emosional. Mommy stress cara pengurusan kat sini. Mommy tak kisah seriously kerja tempat besar dan kita bukan bos. Sebab Mommy rasa tak layak lagi nak dipanggil bos. Mommy suka kerja ramai-ramai. Kerja berpasukan. Ada problem ada orang untuk dirujuk. Macam sekarang ni, ada problem, user push kita kata kita tak cari solution. Dia tau tak yang kita ni celik mata je ingat pasal benda tu. Selagi tak selesai selagi tu la Mommy macam nak meroyan.

Banyak benda nak luah... Tapi cukup la dulu. Nak pergi solat dulu...

Bye!

13 Ramadhan : Seek Knowledge!

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


12 Ramadhan : Upgrade Yourself!

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


11 Ramadhan : Food Waste Not!

11:24:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


10 Ramadhan : Learn, Embrace, Love & Make Solat Part of Your Life

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


9 Ramadhan : Time is Precious

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


Anak Angkat

11:31:00 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum ^-^

Ramai kan sekarang ni stail orang belum berkahwin ambil anak angkat. Bagus kan diorang ni. Tambah-tambah yang ambil baby baru lahir. Nak kena bangun berjaga tengah malam. Bancuh susu basuh yakyak. Dah macam orang dalam pantang. Bezanya diorang tak sakit la.

Mommy dah lama cari cerita pasal Rizalman. Suka sangat tengok instagram dia. Kehidupan dia dengan 2 anak angkat dia. Dah la rajin masak.

Kebetulan dekat website Awani ada kisah dia!


Ni Mommy paste kat sini. Kita share baca ^-^

EKSKLUSIF! Rizalman Ibrahim kongsi cerita susah senang berstatus bujang dan punya anak angkat

Rizalman-ibrahim.jpg
Oleh : Huda Hussien

Bagaimana boleh terfikir mahu mengambil anak angkat? Ceritakan mengenai kisah Umar Nail & Aali Nail...
Umum mengetahui Umar dan Aali adalah dua anak angkat yang saya ambil daripada rakan dan kenalan. Umar, saya mengambilnya daripada rakan sewaktu belajar di UiTM. Bukan anaknya tetapi anak kepada kenalannya yang berasal dari Kelantan. Dan Umar sendiri maklum mengenai statusnya sebagai anak angkat sejak di bangku sekolah. Begitu juga dengan Aali, saya mengambilnya daripada ibunya yang ketika itu berusia 17 tahun. Dan kisah di sebalik latar belakang keluarga sebenar mereka, bagaimana mereka dilahirkan, siapa ibu bapa kandung mereka sama sekali tidak menimbulkan masalah bagi saya. Kemungkinan anak-anak ini bersikap memberontak berlaku akibat tertekannya ibu-ibu mereka sewaktu hamil dahulu. Mungkin teori saya kurang tepat tetapi saya percaya apa jua yang berlaku pada bayi yang dikandung dipengaruhi oleh keadaan ibunya, baik emosi mahupun psikologi.

Namun saya optimis, biarpun cabarannya tinggi dalam memelihara, mendidik dan membesarkan anak-anak; itu adalah sebahagian jihad saya kepada Allah. Jika dalam soal perniagaan saya boleh merancang ke mana hala tujunya, begitu juga dengan pengakhiran hidup saya kelak. Saya mahu berjihad dan mengimpikan kehidupan yang sempurna di akhirat kelak. saya tetap meletakkan keutamaan kepadamereka.

Contohnya, "Umar, jalan baik-baik nanti jatuh," - saya beri peringatan kepadanya kerana saya menganggapnya sebagai anak, hak saya dan sebahagian nyawa saya. Kerana sayang saya berikan perlindungan kepada mereka. Malah perasaan seperti kasih, sayang dan seumpama dengannya saya terapkan dalam unsur rekaan. Biarpun ia tidak dapat ditafsirkan dengan butiran terperinci tetapi ia adalah satu perlambangan seni yang bermakna bagi saya.
 Rizalman-Ibrahim-2.jpg
Kongsi cerita susah senang sewaktu membesarkan Umar dan Aali?
Perbezaan yang ketara adalah daripada sudut ekonomi. Ketika saya mengambil Umar, waktu itu saya masih tercari-cari formula bagaimana mahu mengutuhkan profesyen saya. Aali secara simboliknya umpama cuci kaki. Walaupun begitu, hidup mereka tidak mewah seperti yang disangkakan. Aali misalnya, masih pakai t-shirt berlubang kala di rumah, macam Babahnya juga (hahaha). Mereka dibesarkan dengan apa yang saya lalui ketika kecil dahulu. Semuanya serba sederhana tetapi lebih selesa berbanding zaman kecil saya. Kemungkinan juga itu adalah rezeki mereka tinggal di rumah yang selesa dan saya hanya menumpang tempias rezeki mereka. Tiada perbezaan dalam soal kasih sayang, baik Umar mahupun Aali. Cuma mungkin cara Umar dibesarkan lebih agresif kerana saya tiada pengalaman ekoran pertama kali mengambil anak angkat. Sehingga pernah terdetik dalam hati, "Kenapalah agaknya aku sanggup ambil Umar kalau aku tahu susahnya nak jaga." Namun hikmahnya baru kini saya kecapi dan rasai. Rezeki yang tak pernah putus dan saya mampu berkongsi rezeki itu bersama orang lain.

Bagaimana anda berdepan dengan senario masyarakat (ketika itu) dengan status bujang dan punya anak angkat? Adakah sukar atau pernah dipandang serong dan sebagainya?
Saya tidak ambil pusing dengan pandangan masyarakat ketika itu. Senario keluarga saya yang lebih penting. Saya mengambil Umar pada 2002 kerana hidup saya amat kesepian selepas pemergian arwah ibu tanggal 13 Ogos 1999. Dua tahun saya berdoa agar kekosongan itu terisi. Dan makrifat Allah, selepas Umar lahir banyak kebesaran Allah yang saya lihat.

Pertamanya, Umar lahir pada tarikh yang sama dengan pemergian arwah ibu, 13 Ogos 2002. Umpamanya patah tumbuh hilang berganti. Ibu saya ibaratnya benteng dan sumber kekuatan saya. Kepadanyalah saya bergantung harap dan dia adalah penyelamat apabila saya terpaksa berhadapan dengan asakan bertubi-tubi daripada adik-beradik yang bertanyakan bila saya mahu kahwin. Selepas ketiadaan ibu, hidup saya tidak lagi seperti dahulu. Saya buntu dan dalam masa sama harus menjaga hubungan sesama adik-beradik biarpun mereka sering bertanyakan kepada saya dengan persoalan yang sama. Hinggalah Umar lahir, segalanya berubah. Kegembiraan mengatasi kesedihan. Mungkin itu natijahnya berbicara dengan Allah. Doa yang tidak pernah putus agar perjalanan hidup saya menemui sinarnya terungkap. Dengan izin Allah, kelahiran Umar telah merencanakan hidup saya

Persediaan yang perlu ada bagi sesiapa jua yang mahu atau berniat ingin mengambil anak angkat?
Kalau dalam konteks masyarakat kita sudah semestinya asas pengetahuan agama. Ia penting kerana segalanya bertitik tolak daripada agama. Walaupun saya akui pernah melalui zaman jahiliah dahulu tetapi asas inilah yang menarik saya kembali ke jalan yang betul. Kakak dan abang ipar saya yang banyak membantu saya dalam soal keagamaan ini. Dan daripada aspek persiapan buat sesiapa yang ingin megambil anak angkat, cukupkan ilmu di dada. Ada juga lelaki yang tidak berkahwin, mengambil anak angkat perempuan. Nasihat saya, sebelum ambil anak angkat rujuk terlebih dahulu hokum hakamnya. Niat mahu mengambil anak angkat juga perlu berlandaskan jalan yang betul. Dan jagalah anak ini seikhlasnya hingga hujung nyawa kita.

http://intrend.astroawani.com/detail/eksklusif-rizalman-ibrahim-kongsi-cerita-susah-senang-berstatus-bujang-dan-punya-anak-angkat-62101

8 Ramadhan : Sadaqah

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


7 Ramadhan : Forgive Each Other

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


6 Ramadhan : Guard Your Senses!

12:02:00 PM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


Kulat Mulut

5:23:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum -_-



Dah setahun lebih Mommy tak bawa Arissa ke Klinik Serena. Kalau tak silap sejak Mommy pindah Kelantan. Setahun lebih. Kat Kelantan Mommy tak jumpa lagi klinik pakar kanak-kanak macam Serena. Cara Dr. Serena layan patient, cara dia sembang dengan parents, ubat dan environment klinik dia betul-betul buat Mommy puas hati. Sebab tu bayar mahal pun kita tak bising.

Semalam Papa suruh Mommy bawa Arissa ke klinik. Since Mommy masih kat sini, boleh ke Klinik Serena.

Arissa dah 5 hari tak nak makan. Minum susu je. Bila suap je makanan dia nangis. Sakit katanya. Gosok gigi pun sama. Mommy tak boleh berus gigi depan dia bahagian dalam. Dia akan nangis. Menangis betul sampai keluar air mata. Macam sakit sangat. Mommy dah suluh tengok dekat lelangit dia. Tapi macam biasa je. Mommy assume ulser la kot.

Pagi kelmarin Mommy perasan bahagian atas lidah dia berkerak. Kerak susu. Tebal pulak tu. Patut la mulut dia berbau kurang enak 4 5 hari ni. Mommy berus dengan berus gigi. Aiii geli pun ada. Hehe!

Malam sebelum tidur Mommy check lagi. Ada lagiii! Ishhh sental lagi. Bangun pagi tadi pun ada. Tebal jugak!

Pukul 9am siap-siap pergi klinik. Orang ramai. Tapi kira ok la pukul 10.30 dia dah panggil.

Doktor ingat lagi Arissa. Dia selalu panggil Safiyyah. Mommy cerita la masalah Arissa. Doktor suluh lelangit Arissa. Tapi macam ok je. Lama jugak la dia suluh. Baru perasan gusi Arissa bengkak. Gusi atas. Dah merah! Aduhh Mommy pulak yang ngilu. Imagine Mommy gosok gigi dia terkena gusi tu. Patut la dia beria nangis.

Doktor tengok lidah Arissa. Masih ada sikit kesan keraj tu. Rupanya dipanggil KULAT MULUT. Kulat mulut ni boleh terjadi salah satu sebabnya tak gosok gigi atau kumur lepas minum susu. Arissa ni jenis yang minum susu sebelum tidur. Maknanya dia lena dengan minum susu botol. Tengah malam memang akan minta lagi susu. Jadi bilanya nak berus/kumur??

Doktor bagi antibiotik & gel sapu. Mommy request ubat selsema buat simpan senang kalau selsema ringat boleh terus bagi.



Total charge RM108. Asal anak cepat sembuh!


5 Ramadhan : Providing Meals for the Fasting Ones

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


4 Ramadhan : Tarawikh

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


Nasi Tomato Briyani Segera

5:16:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Kalau hari bekerja jarang sangat Mommy boleh masak menu-menu special macam nasi tomayo ni. Balik-balik sup sayur dengan ayam goreng. Kalau dulu ulang alik dari KL ke rumah ni lagi la penat. Nak masak seringkas mungkin. Nak rasa masakan bersantan hanya hujung minggu. Tak pun beli dekat bazar.

Semalam lepas ke Jalan Tar Mommy singgah beli barang daput dekat Giant. Mommy keluar rumah pukul 9am. Singgah office lama lepas tu jumpa Mama Marriam yang mengidam buah tanjung. Sampai Jalan Tar pukul 10. Lengang lagi!


Pukul 1 balik terus ke Giant. Seronok sebab tak macam malam nak puasa baru ni. Semua rak masih penuh. Sayur ayam semua masih bersusun atas rak.


Tapi Mommy terasa macam harga barang dapur kat Guantbni makin mahal la. Kata harga masih kekal macam dulu tapi kenapa tak sama???

Mommy terjumpa set nasi tomato ni


Dalam kotak ada beras, pes nasi tomato, pes ayam masak merah & kismis.


Balik lepas ambil Arissa terus proses. Kejap je nak sediakan nasi dengan ayam ni. Rasanya 30 minit dah siap. Nasi take time sikit sebab rice cooker kat rumah ni kalau setkan flavour rice, dia ambil masa 45 minit.

Macam biasa petang akan ke bazar. Mommy beli kari terung buat tambah. Papa tak boleh kalau nasi tak berkuah.


Mommy boleh bagi ★★★★ untuk set nasi tomati Sharifah ni. Sedap!


Ayam masak merah Mommy tambah gula satu sudu besar. I is orang Kelantan. Haha!


RM12.90 untuk 4 orang makan.

Sahur pun menu ni la jugak!

Menu Berbuka 1 Ramadhan 2015

4:34:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah masuk hari ke-3 Ramadhan pun kita. Mommy ada 2 hari je lagi nak menikmati tittle surirumah sepenuh masa. Hari Selasa start kerja balik.

Hari ke-2 Ramadhan, menu kami sangatlah simple. Mommy siapkan bahan-bahan awal lagi tapi pukul 6 baru boleh masak sebab lupa beli bawang merah. Menu kami malam tu....

Sambal telur.



Masak lemak bayam dengan keledek jepun. Habis kuah jadi warna purple.


Tambah daging bakar beli di bazar Ramadhan.



Habit Papa bulan puasa. Walau dah masak pun mesti nak kena jugak jenguk bazar. Beli kuih 2 ringgit pun tak apa ^-^

3 Ramadhan : Make Lots of Dua'

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder



2 Ramadhan : Recite or Listen to Quran

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


Bawang Merah Mana?

4:15:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum ^-^

Alhamdulillah pukul 7.30 mlm semalam Mommy dan Arissa selamat sampai rumah Papa. Arissa cakap "Rumah Papa cantik! Rumah Papa besaaarrr".Haah memang besar. Siap ada 5 tingkat lagi! Haha!

Papa ambil kami terus ke Giant. Nak cari bahan masak untuk sahur. Beras Mommy dah bawak all the way from Kelantan! Haha! Nak beras siam jugakkk.

Giant dah macam nak bankrup. Barang banyak tak ada. Dekat rak chicken fillet. Kosong! Aduhaii Mommy nak cari fillet sebab senang tak perlu beria kena basuh. Last-last beli daging. Itu pun tinggal yang urat. Belasah aje la.

Jadi la lauk sahur kami pagi tadi...

Daging goreng sweet sour.



Sup sayur.



2 benda cukup la. Papa bukan makan lauk banyak pun.

Malam ni cadangnya nak buat masak lemak bayam dengan keledek dan sambal telur.

Tapiiiiii

Bawang merah boleh pulak tertinggal semalam!

Arissa is Turning 4

3:56:00 PM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah ^-^

17 Jun 2015





Arissa cukup 4 tahun.

Dah lama sangat Mommy tak blog pasal dia. Bukan takat dia, benda lain pun tak sempat nsk tulis. Ingatkan duduk kat kampung banyak masa free. Hmm tak ada pun. Berangan!

Arissa dah mula masuk kelas tadika di taska yang sama. Yuran? Sangat-sangat murah. RM250 untuk tadika dan taska. Agak-agak boleh dapat tak kat KL? Huhuuu! Nak demam kalau fikirkan yuran dia tahun depan kat tempat baru.

Arissa dah banyak belajar benda baru. Balik sekolah dalam kereta mesti menyanyi. Mula-mula elok lepak tu mengarut dengan lirik dia sendiri. Alhamdulillah. ABC dah boleh baca penuh. Dah mula belajar suku kata. Yang dia selalu baca "Ba be bi bo bu". Dah boleh tulis ABC tapi kena guide lagi. Kiranya dia boleh tiru cantik-cantik huruf kita tulis. Mommy boleh kata 80% harapkan cikgu sekolah dia ajar. Sebabnya dia jenis yang tak suka bila kita ajar. Contohnya. Bila Mommy tanya "pi pi?". Dia tak akan jawab tapi dia jawab macam ni. "Eh buke buke. Gini.... pi pi. Pipi". Dengan intonasi dia. Nak jugak dia yang betulkan. Memang geram!

Dia ni kalau kita tanya banyak apa yang dia belajar kat sekolah, mesti akan jawab gini "Arissa pening. Dah laa.."

Lagi satu Mommy perasan. Masuk tahun 2015 ni dia terlalu banyak bercakap. TERLALU! Bayangkan naik kerata balik dari KL dia bercakap/menyanyi/mengomel non stop. Senyap cuma bila dia tidur. Hoho

Lagi satu kuat minta susu tengah malam. Aduhhh yang ni memang Mommy stress sebabnya ada kadang sampai 2x Mommy kena bangun bancuh susu. Mengalahkan baby umo 40 hari. Lepastu bila minum banyak pampers pun bocor. Dugaan. Mujur Ma Tok ada tolong jemurkan toto. Hehe!

Hadiah birthday Arissa rasanya dah tak beli kot. Sebab dia dah dapat 2 hadiah in advanced. 

1 basikal dari Papa.

2 Mei 2015



1 set playdoh cake dari Mommy.

Cukup la kan.

Semalam sampai KL nak cari kek sebiji tapi keluar dari Giant pun dah 9.30pm. Kedai kek pun Mommy tak tau. Papa tak bagi beli dekat SR. Hehe!

"Selamat hari lahir ke-4 anak bertuah Mommy, Nur Safiyyah Arissa. Moga awak jadi anak solehah, berakhlak mulia, taat Allah dan Rasul, dengar cakao Papa dan Mommy, cemerlang dunia akhirat"

Our 5th Anniversary

10:35:00 AM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah ^-^

16 Jun 2015




Genap 5 tahun usia perkahwinan kami.

Tahun ni Mommy pula yang lupa nak wish. Padahal dah buat reminder dekat handphone. Tak tau la kenapa handphone ni pun dah banyak kali alarm/reminder tak bunyi.

Dekat pukul 7pm Papa call. "Happy Anniversary!"Aduhhh serious Mommy langsung tak ingat. Lepas Papa wish, Mommy diam kejap. Terkejut. Pastu senyum. Malu pun ada sebab tahun-tahun sebelum ni Mommy msna pernah lupa. Papa cakap dia risau sebab lambat wish. Dia ingat dah nak kena bebel. Haha! Nampak sangat wife dia ni suka membebel.

Anniversary ke-5 kami masih PJJ. InsyaaAllah tahun depan dah tak payah wish via phone ^-----^

Nanti Mommy cerita lain kali.

Masuk tahun ke-5 ni rasanya dah lepas fasa pertama perkahwinan. Alhamdulillah. Memang betul sangat orang selalu cakap 5 tahun pertama ni amat mencabar. Tambah-tambah kami ni dua-dua cepat panas. Cuma Mommy la kot cepat sejuk. Hehe!

"Terima kasih Bie sebab sabar dengan perangai Yang"

1 Ramadhan : Set a Mission

6:00:00 AM 0 Comments A+ a-

#RamadhanReminder


Goodbye Rambut Gulung. Pliss Come Again. Plissss

4:52:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum!

Mommy malas nak buang habuk. Nanti ada masa kita vacum terus ;p

30 Mei 2015, Sabtu

Bangun pagi siap mandi semua, cadangnya nak pergi ambil barang. Tetiba tengok rambut Arissa. Alah serabainya. Dengan kusut lagi. Terus call Papa. Bagitau nak potong rambut Arissa pendek. Pendek macam boy. Papa opkos la tak bagi punya. Syarat nak potong rambut tak boleh lebih dari bahu. Hmm ok!

Sebelum masuk kedai, ambik gambar dulu buat kenangan. Adoiii sayangnya nak potong rambut gulung-gulung dia ni. Ini rambut dari dalam rahim lagi ni. Tak pernah potong bahagian belakang. 3 tahun 11 bulan disimpan.

 
 

Muka excited nak potong rambut.



Tadaaaa...... Huhu!

Mommy rasa dah tak comey. Tapi bersih.

Arissa?

Suka sangat la dia. Dulu tak nak potong. Sekarang ni asyik minta nak rambut macam Papa. Hadooiiiiii!!!


Nota Panduan Mengurus EBM di Taska

12:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Mommies,

Mommy mohon maaf banyak-banyak sebab ada komen yang mommy tak balas. Bukan tak nak balas, tapi sebab kurangnya ilmu pasal blogspot ni. Hahahadoiiii!

Baru kejap tadi, Mommy belek blog, lepas tu perasan yang komen tak dipaparkan kat post. Mommy tak tau nak adjust kat mana. Rasanya disebabkan template yang Mommy pakai sekarang ni kot.

Mommy terbaca ada yang komen minta share pasal nota yang Mommy lekatkan dekat cooler box EBM Arissa zaman BF dulu. Ya Allah rasa bersalahnya Mommy sebab komen ada yang dari bulan 8 tahun lepas. Sori Mommies -_-

Mommy cepat-cepat check external harddisk. Alhamdulillah! Masih ada softcopy. Simple saje Mommy tulis. Ini dia:

 

Alhamdulillah lega sangat rasanya. Ini la notanya yang Mommy ceritakan dalam post Mengurus EBM ke Taska

Harapnya masih dapat membantu Mommies yang berusaha untuk BF anak masing-masing. Mommy pun rasa tak sabar sangat nak ulang balik moment-moment tu semua. Penat tapi seronok. Moga Allah cepatkan rezeki kami untuk ADIK Arissa ^-^