7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1:26:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Dah masuk hari ke 14 tahun 2015 baru nak buat entry tahun baru. Hehe!

Tak payah banyak mengomellah. Awal-awal tahun ni kita cari benda-benda senang nak kumpul pahala dulu. Sambil doa minta murah rezeki.

1. La hawla Wala Quwwata Illa billah
Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah.
(HR. At- Tabrani)

2. La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.
(HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam, maka TIDAK akan ditimpa Kesempitan Hidup”.
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. BERISTIGHAFAR
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga”.
 (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)