Arissa is Turning 4

3:56:00 PM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah ^-^

17 Jun 2015





Arissa cukup 4 tahun.

Dah lama sangat Mommy tak blog pasal dia. Bukan takat dia, benda lain pun tak sempat nsk tulis. Ingatkan duduk kat kampung banyak masa free. Hmm tak ada pun. Berangan!

Arissa dah mula masuk kelas tadika di taska yang sama. Yuran? Sangat-sangat murah. RM250 untuk tadika dan taska. Agak-agak boleh dapat tak kat KL? Huhuuu! Nak demam kalau fikirkan yuran dia tahun depan kat tempat baru.

Arissa dah banyak belajar benda baru. Balik sekolah dalam kereta mesti menyanyi. Mula-mula elok lepak tu mengarut dengan lirik dia sendiri. Alhamdulillah. ABC dah boleh baca penuh. Dah mula belajar suku kata. Yang dia selalu baca "Ba be bi bo bu". Dah boleh tulis ABC tapi kena guide lagi. Kiranya dia boleh tiru cantik-cantik huruf kita tulis. Mommy boleh kata 80% harapkan cikgu sekolah dia ajar. Sebabnya dia jenis yang tak suka bila kita ajar. Contohnya. Bila Mommy tanya "pi pi?". Dia tak akan jawab tapi dia jawab macam ni. "Eh buke buke. Gini.... pi pi. Pipi". Dengan intonasi dia. Nak jugak dia yang betulkan. Memang geram!

Dia ni kalau kita tanya banyak apa yang dia belajar kat sekolah, mesti akan jawab gini "Arissa pening. Dah laa.."

Lagi satu Mommy perasan. Masuk tahun 2015 ni dia terlalu banyak bercakap. TERLALU! Bayangkan naik kerata balik dari KL dia bercakap/menyanyi/mengomel non stop. Senyap cuma bila dia tidur. Hoho

Lagi satu kuat minta susu tengah malam. Aduhhh yang ni memang Mommy stress sebabnya ada kadang sampai 2x Mommy kena bangun bancuh susu. Mengalahkan baby umo 40 hari. Lepastu bila minum banyak pampers pun bocor. Dugaan. Mujur Ma Tok ada tolong jemurkan toto. Hehe!

Hadiah birthday Arissa rasanya dah tak beli kot. Sebab dia dah dapat 2 hadiah in advanced. 

1 basikal dari Papa.

2 Mei 2015



1 set playdoh cake dari Mommy.

Cukup la kan.

Semalam sampai KL nak cari kek sebiji tapi keluar dari Giant pun dah 9.30pm. Kedai kek pun Mommy tak tau. Papa tak bagi beli dekat SR. Hehe!

"Selamat hari lahir ke-4 anak bertuah Mommy, Nur Safiyyah Arissa. Moga awak jadi anak solehah, berakhlak mulia, taat Allah dan Rasul, dengar cakao Papa dan Mommy, cemerlang dunia akhirat"