Bawang Merah Mana?

4:15:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum ^-^

Alhamdulillah pukul 7.30 mlm semalam Mommy dan Arissa selamat sampai rumah Papa. Arissa cakap "Rumah Papa cantik! Rumah Papa besaaarrr".Haah memang besar. Siap ada 5 tingkat lagi! Haha!

Papa ambil kami terus ke Giant. Nak cari bahan masak untuk sahur. Beras Mommy dah bawak all the way from Kelantan! Haha! Nak beras siam jugakkk.

Giant dah macam nak bankrup. Barang banyak tak ada. Dekat rak chicken fillet. Kosong! Aduhaii Mommy nak cari fillet sebab senang tak perlu beria kena basuh. Last-last beli daging. Itu pun tinggal yang urat. Belasah aje la.

Jadi la lauk sahur kami pagi tadi...

Daging goreng sweet sour.



Sup sayur.



2 benda cukup la. Papa bukan makan lauk banyak pun.

Malam ni cadangnya nak buat masak lemak bayam dengan keledek dan sambal telur.

Tapiiiiii

Bawang merah boleh pulak tertinggal semalam!