Kulat Mulut

5:23:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum -_-



Dah setahun lebih Mommy tak bawa Arissa ke Klinik Serena. Kalau tak silap sejak Mommy pindah Kelantan. Setahun lebih. Kat Kelantan Mommy tak jumpa lagi klinik pakar kanak-kanak macam Serena. Cara Dr. Serena layan patient, cara dia sembang dengan parents, ubat dan environment klinik dia betul-betul buat Mommy puas hati. Sebab tu bayar mahal pun kita tak bising.

Semalam Papa suruh Mommy bawa Arissa ke klinik. Since Mommy masih kat sini, boleh ke Klinik Serena.

Arissa dah 5 hari tak nak makan. Minum susu je. Bila suap je makanan dia nangis. Sakit katanya. Gosok gigi pun sama. Mommy tak boleh berus gigi depan dia bahagian dalam. Dia akan nangis. Menangis betul sampai keluar air mata. Macam sakit sangat. Mommy dah suluh tengok dekat lelangit dia. Tapi macam biasa je. Mommy assume ulser la kot.

Pagi kelmarin Mommy perasan bahagian atas lidah dia berkerak. Kerak susu. Tebal pulak tu. Patut la mulut dia berbau kurang enak 4 5 hari ni. Mommy berus dengan berus gigi. Aiii geli pun ada. Hehe!

Malam sebelum tidur Mommy check lagi. Ada lagiii! Ishhh sental lagi. Bangun pagi tadi pun ada. Tebal jugak!

Pukul 9am siap-siap pergi klinik. Orang ramai. Tapi kira ok la pukul 10.30 dia dah panggil.

Doktor ingat lagi Arissa. Dia selalu panggil Safiyyah. Mommy cerita la masalah Arissa. Doktor suluh lelangit Arissa. Tapi macam ok je. Lama jugak la dia suluh. Baru perasan gusi Arissa bengkak. Gusi atas. Dah merah! Aduhh Mommy pulak yang ngilu. Imagine Mommy gosok gigi dia terkena gusi tu. Patut la dia beria nangis.

Doktor tengok lidah Arissa. Masih ada sikit kesan keraj tu. Rupanya dipanggil KULAT MULUT. Kulat mulut ni boleh terjadi salah satu sebabnya tak gosok gigi atau kumur lepas minum susu. Arissa ni jenis yang minum susu sebelum tidur. Maknanya dia lena dengan minum susu botol. Tengah malam memang akan minta lagi susu. Jadi bilanya nak berus/kumur??

Doktor bagi antibiotik & gel sapu. Mommy request ubat selsema buat simpan senang kalau selsema ringat boleh terus bagi.



Total charge RM108. Asal anak cepat sembuh!