Nasi Tomato Briyani Segera

5:16:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Kalau hari bekerja jarang sangat Mommy boleh masak menu-menu special macam nasi tomayo ni. Balik-balik sup sayur dengan ayam goreng. Kalau dulu ulang alik dari KL ke rumah ni lagi la penat. Nak masak seringkas mungkin. Nak rasa masakan bersantan hanya hujung minggu. Tak pun beli dekat bazar.

Semalam lepas ke Jalan Tar Mommy singgah beli barang daput dekat Giant. Mommy keluar rumah pukul 9am. Singgah office lama lepas tu jumpa Mama Marriam yang mengidam buah tanjung. Sampai Jalan Tar pukul 10. Lengang lagi!


Pukul 1 balik terus ke Giant. Seronok sebab tak macam malam nak puasa baru ni. Semua rak masih penuh. Sayur ayam semua masih bersusun atas rak.


Tapi Mommy terasa macam harga barang dapur kat Guantbni makin mahal la. Kata harga masih kekal macam dulu tapi kenapa tak sama???

Mommy terjumpa set nasi tomato ni


Dalam kotak ada beras, pes nasi tomato, pes ayam masak merah & kismis.


Balik lepas ambil Arissa terus proses. Kejap je nak sediakan nasi dengan ayam ni. Rasanya 30 minit dah siap. Nasi take time sikit sebab rice cooker kat rumah ni kalau setkan flavour rice, dia ambil masa 45 minit.

Macam biasa petang akan ke bazar. Mommy beli kari terung buat tambah. Papa tak boleh kalau nasi tak berkuah.


Mommy boleh bagi ★★★★ untuk set nasi tomati Sharifah ni. Sedap!


Ayam masak merah Mommy tambah gula satu sudu besar. I is orang Kelantan. Haha!


RM12.90 untuk 4 orang makan.

Sahur pun menu ni la jugak!