Our 5th Anniversary

10:35:00 AM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah ^-^

16 Jun 2015




Genap 5 tahun usia perkahwinan kami.

Tahun ni Mommy pula yang lupa nak wish. Padahal dah buat reminder dekat handphone. Tak tau la kenapa handphone ni pun dah banyak kali alarm/reminder tak bunyi.

Dekat pukul 7pm Papa call. "Happy Anniversary!"Aduhhh serious Mommy langsung tak ingat. Lepas Papa wish, Mommy diam kejap. Terkejut. Pastu senyum. Malu pun ada sebab tahun-tahun sebelum ni Mommy msna pernah lupa. Papa cakap dia risau sebab lambat wish. Dia ingat dah nak kena bebel. Haha! Nampak sangat wife dia ni suka membebel.

Anniversary ke-5 kami masih PJJ. InsyaaAllah tahun depan dah tak payah wish via phone ^-----^

Nanti Mommy cerita lain kali.

Masuk tahun ke-5 ni rasanya dah lepas fasa pertama perkahwinan. Alhamdulillah. Memang betul sangat orang selalu cakap 5 tahun pertama ni amat mencabar. Tambah-tambah kami ni dua-dua cepat panas. Cuma Mommy la kot cepat sejuk. Hehe!

"Terima kasih Bie sebab sabar dengan perangai Yang"