Seronok ke Jadi Bos?

2:38:00 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum


Bulan ni dah masuk 1 tahun 6 bulan Mommy bertugas di negeri sendiri. Dekat sini Mommy ada unit sendiri. Unit kecik sangat aje. Staf bawah pun sorang je. Dekat state biasanya cuma ada pegawai 41/44 je. Jadinya secara rasmi Mommy ni Ketua Unit yang cinonet. Hehe!

Bertugas di state ni orang selalu cakap seronok, relaks, banyak masa free. Tapi kenapa Mommy tak pernah rasa pun semua tu....? Mesti nak cakap kalau tak free tak kan Mommy ada masa nak karang entry ni kan? Haa.... Mommy sekarang ni dalam proses pertukaran kembali ke federal. Ada 2 minggu je lagi. Hari ni so stress. So stop kejap kerja kita membebel kat sini.

Bagi jabatan yang ramai staf dia dalam unit tu memang la bos dia boleh relaks sikit. Macam Mommy ni cuma ada sorang N17 tapi buat kerja technician. Jadi 80% tugas unit ni Mommy yang perlu selesaikan. Lagipun dia jurusan lain. Dia kerja ni pun ilmu dia cari sendiri. Bab teknikal memang Mommy serah kat dia. I memang fail lah!

Last week ada staf kat sini cakap "Lepah ni duk denu boh tok jadi boh doh la. Duk denu takdok bilik. Srupo nga ore biaso jah la". Ehhhh... Mommy tak kisah la. Best sangat ke ada bilik sendiri? Dari segi privacy memang la best. Nak kentut pun bebas. Tapi tak bestnya bila orang kat luar duk bergelak ramai-ramai. Kita sunyi je dalam bilik. Takkan asyik nak duduk luar bilik. Nanti orang cakap takde kerja. Tapi bila kita diam je dalam bilik. Orang cakap kita tidur. Hishhhh! Kadang geram rasa nak jerit kuat-kuat. "Aku duk dalam bilik ni buat kerja ko lahhhh! Bukan macam ko asyik keluar minum pagi petang!"

Sori.......

Hari ni sedikit emosional. Mommy stress cara pengurusan kat sini. Mommy tak kisah seriously kerja tempat besar dan kita bukan bos. Sebab Mommy rasa tak layak lagi nak dipanggil bos. Mommy suka kerja ramai-ramai. Kerja berpasukan. Ada problem ada orang untuk dirujuk. Macam sekarang ni, ada problem, user push kita kata kita tak cari solution. Dia tau tak yang kita ni celik mata je ingat pasal benda tu. Selagi tak selesai selagi tu la Mommy macam nak meroyan.

Banyak benda nak luah... Tapi cukup la dulu. Nak pergi solat dulu...

Bye!

4 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
August 5, 2015 at 10:38 AM delete

mommy....miss u laaa!! da tukar template ekk. saje nak tukar topik. :-)

Reply
avatar
September 11, 2015 at 8:46 AM delete

haha! tukar template aje dah berpuluh. xtetap pendirian tul la. jom r wat picnic kat putrajaya

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
September 13, 2015 at 12:52 AM delete

good luck di tempat baru : )

Reply
avatar