Pengalaman Bersalin ke2 Part 2: Refer ke HUSM

4:59:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sambungan dari Pengalaman Bersalin ke2 Part 1: Last Checkup

Entry bersalin untuk NUR ALEEYA SUMAYYAH mungkin banyak episod. Sebab memang banyak cerita dan..... Mommy tak tau sama ada Mommy berpeluang melalui fasa mengandung lagi ke tak. Nauzubillah.... tapi kita tak tau apa akan berlaku akan datang kan.

5 OKTOBER 2016, Rabu

Pukul 8 pagi bergerak dari rumah MIL ke HUSM. Dekat je pun tak sampai 5km. Terus register kat kaunter pendaftaran. Nasib baik orang tak ramai.

Kemudian Mommy dengan Papa ke kaunter O&G pula. Tapi rupanya hari rabu doktor untuk kes ibu anak tak ada. Misi suruh tunggu doktor datang. Sementara tunggu kitorang ke kafe untuk breakfast. Sempat la makan "nasi tupe".

Lepas breakfast terus ke O&G. Sampai je misi panggil dan bagitau kena ADMIT HARINI JUGAK. SEKARANG!

Ishhh tak suka la. Cakap kat misi tengahari saya datang balik sebab tak bawak apa pun lagi. Dia suruh stay. Dia suruh Papa balik ambil beg. Mommy tetap berkeras nak balik jugak sebab bukan jauh pun.

Sebelum balik kitorang ke rumah my ma dulu. Hantar dan nak ambil barang yang patut. Otw tu Mommy dah sebak. Nak masuk hospital ni.... tau next apa cerita. Sedih nak tinggal Arissa lagi.

Sampai rumah MIL, terus kemas beg. Lepas lunch pukul 2 gerak ke hospital. Salam peluk Arissa. Sedih wehhhh.....

Sampai hospital ambil nombor untuk admit ward. Tunggu lagi untuk di-usher ke ward. Again. Ke wad 2 Baiduri. Setel apa yang patut then dapat katil no 3 dan di bawah Team D.

Papa tunggu kejap tapi tak boleh lama sebab belum waktu melawat. Salam Papa sebelum dia balik pun Mommy tak boleh nak tengok mata dia. Automatik jadi emo.

Lepas Papa turun, misi pasangkan CTG. Mommy suka la buat CTG ni. Dapat dengar heart beat baby. Rasa dekat sangat dengan dia. Dekat sejam jugak dia pasang benda tu.

Dalam pukul 4.30 doktor pakar datang melawat. Dia bagitau nak monitor dulu position baby sebab masa dia melawat tu kepala baby duduk kat bawah pulak. Punggung kat rusuk kanan. Mommy call bagitau Papa. So Papa decide nak balik Puchong dulu sebab Mommy kemungkinan besar takkan bersalin lagi. 5.30pm Papa gerak balik Puchong.

Malamnya takde buat apa. Misi datang check position baby. Misi cakap macam melintang (transverse) lagi. Mommy pun tak pasti. Bosan la orang sehat duk dalam wad.

Bersambung...

Pengalaman Bersalin ke2 Part 1: Last Checkup

5:14:00 PM 0 Comments A+ a-

4.10.2016 (Selasa) 9am

Last checkup di Klinik Kesihatan Putrajaya P*

Mommy ingatkan appointment FMS dengan doktor pakar ni untuk review adik Arissa. Rupanya appointment ni sebab nak consult pasal GDM. Sejam lebih doktor duk bagi nasihat sambil warning sikit supaya Mommy control pengambilan gula dalam diet. Bosannya lahaiiii!

Yang tak syoknya macam nak promote barang pun ada sebab dia tanya Mommy dah ada breastpump ke tak. Mommy bagitau la baru je beli semalam yang double pump. Tapi boleh pulak dia suggestkan untuk beli brand Freemie ke apa yang boleh guna hands free. Alahaiii doktor cukup la dulu yang dah beli ni. Lepas tu dia promote suruh Mommy beli gula dalam sachet dekat farmasi khas untuk orang diabetis. Hmmmmm......

Dah sejam lebih pot pet pot pet. Baru dia nak scan baby.

Bila Mommy baring dia tanya kenapa pelik bentuk perut ni. Mommy cakap la position baby masih transverse. Masa tu dah 37weeks.

Terus muka dia serious. Bila scan memang betul kepala baby kat rusuk kanan Mommy dan punggung dia duk kat rusuk kiri.

Doktor tanya bila sedar position baby macam ni. Mommy cakap dari 7 bulan lagi. 1st pregnanc y pun sama. Dia tanya lagi kenapa tak bagitau misi masa checkup. Mommy ada bengang sikit dengan misi yang checkup last week. Misi tu cakap "Biasa je ni. Nanti dia pusing lagi". Mommy siap bagitau history Arissa dulu tapi dia buat muka annoying je. Masa tu Mommy ha rap dia boleh refer Mommy ke hospital ke apa macam Arissa dulu. Tapi tak.

Lagi la doktor pakar tu berubah muka dia bila Mommy dah komplen gitu. Dia cakap sebab Mommy dah 37weeks dan ada previous scar sepatutnya kena refer lebih awal. Dia panggil pulak bos dia yang lagi senior untuk mintak advise.

Mulanya dia suruh Mommy terus ke Hospital Putrajaya untuk refer kes. Mommy mintak untuk refer ke HUSM sebab nak balik bersalin kat sana. Dia tak bagi sebab masa tu kedudukan tulang belakang baby ke atas. Means plasenta baby di bawah. Bahaya takut tali pusat terkeluar dulu. So dia buat surat refer ke Hospital Putrajaya dulu.

Lepas 'breakfast' pukul 11 lebih, Mommy terus ke HPJ. Nasib baik doktor tadi dah bagi MC.

Di HPJ pun nasib baik takde la kena tunggu lama sangat. Doktor scan baby masih position sama. Terus dia suruh admit kat situ. Oh NO! Mommy refused. Mommy cakap nak balik HUSM this weekend. Tak boleh katanya. High risk takut apa-apa jadi tengah jalan. Kalau nak balik kena balik today! Haiyoooo barang apa pun tak kemas lagi ni. Takat beg hospital je ada.

Doktor tu keluar kejap jumpa senior dia. Lepastu tetiba masuk balik dah siap pakai glove. Dia nak buat VE! Nooooooo! Again Mommy refused. Mommy cakap takut nanti contraction tengah jalan. Fuhhhh selamat.

Call Papa suruh balik sekarang. Mommy singgah office kejap copy apa yang patut. Salam-salam pastu pegi amik Arissa.

Sampai rumah dah 3.45pm. Mandi solat Zohor terus start mengemas. Baju main campak je dalam beg. Penuh 1 kereta. Solat Asar. Tepat pukul 5 terus gerak.

Dah masuk highway baru teringat. Beg hospital Mommy dan baby ada dalam kereta Mommy!!! Waaaaa.... Papa tobat takkan pusing sebab laluan sebelah dah mula jem. Geramnyaaaaaa!

Sampai rumah MIL pukul 12 malam. Kitorang decide nak ke HUSM besok pagi. Penat.

Bersambung.....

Adik Arissa

10:00:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum 

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

16.10.16 (Ahad) 1210pm @ HUSM

Berat 2.95kg

Panjandrum 52cm

She's a GIRL

named

NUR ALEEYA SUMAYYAH

Kisah / pengalaman bersalin kali ini Mommy akan karang part by part. InshaAllah!

Bayar Fidyah

10:41:00 AM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sementara tengah nak rehatkan otak kejap ni better Mommy blog.

Alhamdulillah!

Semalam dah selesai bayar hutang puasa. Bukan ganti tau. Ni bayar FIDYAH.

Dulu Mommy ingatkan kalau kita dah bayar fidyah ni so dah tak payah ganti puasa. Silap yea. Dah silap juga kalau kita paham kita kena gandakan bilangan puasa yang ditinggal.

Silap!

Kalau kita tertinggal puasa Ramadhan kita kena ganti balik sama bilangan hari tersebut pada tahun yang sama. Maksudnya sebelum masuk balik bulan Ramadhan berikutnya.
Kalau kita tak sempat habis qada tahun tersebut, kita kena bayar fidyah dikira 1 tahun tertinggal.

Pengiraan dia tak silap semalam 1 hari = RM1.80 x berapa tahun

Alah tak payah pening nanti pergi je kat Pusat Zakat cakap tahun bila kita tinggal puasa tu. Nanti diorang kirakan. 
Kalau nak bagi tenang lagi kita lebihkan bilangan hari atau tahun. Yea la mana tau kita tersilap kira kan. Better lebih dari terkurang.

Mommy bayar untuk 8 hari kira dari tahun 2014. Sebab lupa 7 ke 8 hari.

 

Tahun ni Mommy tinggal 1 hari sebab kena minum air gula. Ingatkan dapat la puasa penuh. Campur baki tahun lepas 7 hari. Kena la jugak ganti 8 hari. Huhu.....

24 Weeks @ 2nd Trimester

9:00:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Tak sedar pun hari ni dah masuk 24 minggu. Minggu akhir dalam 2nd trimester.

Baby!

You've been 6 month in Mommy's tummy!

Makin kuat kick Mommy. Siap buat somersault ke apa. Sampai berombak perut Mommy. Don wori! Mommy SUKA!

Subhanallah! 
Ini la nikmat yang paaaaling Mommy nak nikmati bila pregnant. Sebab kurang 5 bulan je semua ni Mommy boleh rasa. Rasa sesuatu bernyawa hidup dalam perut kita. Tak boleh nak gambarkan perasaan tu.
Alhamdulillah!

Adik Arissa ni dia paling aktif lepas waktu berbuka. Sambil rehat depan tv Mommy kena baring. Sebab nanti rasa macam pergerakan dia tersekat bawah tulang rusuk. Lagi 1 bila baring atau separa baring dengan kaki berlunjur, Mommy boleh tengok perut ni bergerak.

  • Baby's see-through skin is gradually becoming more opaque.
  • And baby's got a new pink glow, thanks to the small capillaries that have recently formed.
 
 
Your 10.5-to-11.8-inch fetus weighs about 12.7 to 20.8 ounces, and every week baby gets closer and closer to being ready to survive (and thrive!) in the outside world.
Drink up! Around 24 weeks, your doctor will order a Glucose Tolerance Test—one of the more memorable prenatal tests—to see if you’re at risk for gestational diabetes. Basically, the test is designed to see how your body processes sugar, so you’ll be asked to drink a cup of a sweet drink called Glucola (which reminded us of Gatorade) and then hang out for an hour. Once the hour is up, you’ll have your blood drawn and then it will be tested to see how your body has processed the sugar. You know what’s also sweet? Those movements and kicks you’ve been feeling. They seem to get stronger every week. At week 24, baby’s progress isn’t just about internal stuff, it’s about looks too. With pinker, more opaque skin, baby's looking more and more, well, like a baby. You, on the other hand, are probably experiencing some of the discomforts of the later months of pregnancy at week 24—leg cramps, backaches, swollen feet. Hang in there, mama-to-be!

Pregnancy Symptoms at 24 Weeks

  • Swollen ankles and feet. Be sure to elevate them while you're sitting.
  • Leg cramps, which can be sign of dehydration.
  • Backaches—yup, still!
  • Linea nigra. That's the dark line that runs up the center of your belly. It will fade after baby's born.
  • Stretch marks, which may continue to appear as your skin stretches even more.

Minum Air Gula

11:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Again!



Sama macam zaman pregnantkan Arissa dulu, Mommy kena minum air gula.
Yang nasib baiknya sebab sekali je. Arissa dulu sampai 3x kena repeat!

Untuk adik Arissa Mommy buat appointment pada 17 Jun 2016. Bagus Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 ni. Dah la serba serbi baru. Pastu air yang dibancuh pun gula air sejuk. Takde masalah nak telan.

Resultnya seperti yang dah dijangka. 9.4!
-________-

History keluarga dan history last pregnancy juga kot. Tak boleh nak lari.
Lagi satu memang diakui bulan puasa ni Mommy asyik nak makan minum benda manis.

Nurse call petang Jumaat suruh buat BSP on weekends.
Tapi mana boleh jadual shopping dah penuh.
So Mommy decide nak beli sendiri alat test gula.
Lagi 1 kalau tak beli nak kena ulang-alik ke klinik tiap kali nak test.
4x sehari hokehhh!


Arissa Turn 5 Today

2:57:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah

17 Jun 2016

Arissa cukup 5 tahun!
Lahir kamu genap setahun selepas Mommy dan Papa diakadkan.

Cepatnya masa berlalu.
Lepas setahun setahun.
Tau-tau tahun ni dah nak jadi kakak.

Alhamdulillah!
Masin mulut Mommy juga kot dulu selalu cakap nak Arisaa dapat adik bila dia dah cukup 5 tahun.
Kononnya takut dia tak sempat puas rasa kasih sayang.
Yela bila dah jadi kakak of course kasih sayang Mommy Papa dah kena kongsi.

Takpe la Arissa. At least awak dapat kawan juga lepas ni.
InshaAllah.

Dear My 1st Daughter
ARISSA

Mommy Papa sayang sangat-sangat dekat Arissa.
Walaupun sekarang Arissa kerap kena marah. Kadang kena cubit.
Bukan sebab Mommy Papa benci. Bukan kami tak sayang.
Mustahil boleh tak sayang.
Parut kat perut Mommy masih ada. Tak hilang sampai bila-bila.
Tanda Mommy sanggup berkorban nyawa lahirkan awak dulu.

Mommy faham Arissa nakkan perhatian lebih.
Mommy tau Arissa rasa tergugat bila nak dapat adik.
Mungkin sebab pregnant ni Mommy terlepas rasa penat dah marah pada Arissa.
Arissa pun semenjak dua menjak ni memang kerap sangat buat perangai.

Sorry Sayang.... Mommy Papa kekadang terhilang sabar hadapi karenah awak.
Tapi....
Tak pernah hilang sedikit pun rasa sayang pada Arissa.
Arissa tetap My 1st Daughter.
Hadiah terindah tanda cinta Mommy dan Papa.

Mommy tak pernah lupa doakan anak-anak Mommy
Semoga Allah lindungi Arissa, beri kesihatan, kebahagian, permudahkan segala urusan dan berikan kejayaan dunia dan akhirat buat kamu.


Majlis hari jadi kita buat lepas raya yea ^___^

Our 6th Anniversary

1:54:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

16 Jun 2016

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Genap 6 tahun hidup sebagai suami isteri.
Dugaan?
Macama-macam! 
Kebanyakannya berpunca dari sikap ego masing-masing.
Dan kewangan.... kewangan juga salah satu puncanya.

Alhamdulillah!
Masuk tahun ke-5 dah kurang sikit bergaduh. Dah mula boleh bertolak ansur.

Alhamdulillah! 
Sekarang dua-dua dah boleh buat tak kisah sangat.
Dah takde cepat terasa hati ke apa.
Kalau ada pun cepat-cepat pujuk diri sendiri. Malas nak layan sangat.

To
MY BELOVED HUSBAND

Bie
Terima kasih sebab terima kekurangan Yang.
Terima kasih sebab melayan peel perangai Yang sekarang ni.
Terima kasih tolong gosokkan baju! (6 tahun baru 1st time rasa orang gosokkan baju) Haha!
Terima kasih bangun tengah malam urutkan kaki cramp.
Terima kasih bangun tengah malam ambil air Arissa.
Terima kasih tak jemu teman Yang shopping.
Semoga Allah terus memberkati ikatan perkahwinan kita.
Semoga Allah jodohkan kita sehingga ke Jannah!

Hadiah tunggu bulan 10 nanti.
Dan sedialah untuk sengsara dahulu 2 - 3 bulan keseorangan. 
^_____^

Kek Pisang Bantat

2:04:00 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Akhirnya terbeli juga mixer. Walaupun bukan mixer impian. Huhuhu... Takpe la janji ada sebijik kan. Mood membaking pun bukan selalu ada. Masa pun lagi la tak pernah ada kami ni lekat dekat rumah time- time cuti.


Inilah mixer je. Sampai sakit kaki Mommy tawaf IOI Putrajaya nu dengan Papa dan Arissa. Kitorang memang jenis yang akan survey harga dulu. Kekadang dah survey pun terbeli yang mahal jugak!

RM139. Jenama Elba. Beli dekat Home Pro.

Berangan nak pemukul yang macam Kitchen Aid. Tapi kalau jenis pemukul gitu range harga paling murah pun dah RM500. Tak payah la membazir ikut nafsu.

Cadangnya hari Ahad lepas nak terus try buat kek, tapi dah terrrrrrrlalu penat. Postpone.

Semalam dah pukul 6 tetiba rasa nak buat kek. Tengok pisang ada lagi. 

"Ok. Jom Arissa kita buat kek"

Melompat la semek tu suka sangat dia. Dah tak sabar.

Mommy buat pakai resepi dari kak Azie Kitchen sebabnya bahan dia pakai minyak.
 
Owhh lagi 1 sebab kena buat jugak semalam sebab kesian Papa sanggup berhujan singgah belikan minyak jagung untuk wife dia ni.
 
"Tenkiu Bie!"
 
Resepi dia senang sangat. Tapi skill kalau dah takde tak jadi jugak.
 
Ini hasilnya masa masih dalam oven.
 
 
 
Bau dia wangi. Sampai tingkat atas pun boleh bau.
 
Tapi bila matikan suis oven. Terus dia kuncup! Mendap!
 Bila potong tak masak bahagian tengah. Garing kat luar je.
Tapi rasa dia sedap!
 
 
 
Terus Mommy wassap Queen Affe tokey kek.
Rupanya sebab Mommy derhaka step dia. Patutnya bila masuk tepung kena kaup balik je. Mommy bantai mix dengan mixer sampai dekat 1/2 jam. Excited.... mixer baru katakan.....
 
 Malam ni kalau larat kita cuba lagi!

Ramadhan 2016: Day 10

1:47:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

 

Credit to "Owh So Muslimah OSM"

Ramadhan 2016: Day 9

11:30:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

 

Credit to "Owh So Muslimah OSM"

Ramadhan 2016: Day 8

7:00:00 AM 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum




Credit to "Owh So Muslimah OSM"

Menu Berbuka 7 Ramdhan 1437H

11:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Juga menu tunjuk dari Bazaar Ramadhan Presint 3 Putrajaya.
Tapi ini best sebab tak mabuk nak membeli.

Dah fokus nak beli nasi kerabu dari gerai orang Kelantan. Bukan pro-Kelantan yea. Tapi sebab biasanya baru rasa feel nasi kerabu kalau diorang yang buat.



Nasi kerabu daging bakar + telur masin 2 bungkus RM13
Roti hamlet ayam RM4
Kuih talam ubi kayu RM2.50

Makan pulak dengan sambil ikan tawar mangga muda Ma kirim ni. Aduhhhhh! Sedap!

 
 

Menu Berbuka 6 Ramdhan 1437H

10:30:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Plan asal hujung minggu nak masak special. Nasi tomato nasi ayam.
Tapi.....
Nan adoooo!
2 hari direct kitorang keluar pukul 9 pagi balik dekat nak berbuka.
Urat dekat kaki pun dah timbul ni.
Cerita berjalan next entry.
Ni cerita makan.

Menu tunjuk dari bazar Ramadhan Cheras Perdana.


Ayam panggang madu 1 ekor RM16
Cucur udang RM4
Laksa utara kakak ipar RM10
Kuey tiaw kerang RM3
Buah tanjung FREE from Kelantan
Karipap pusing RM2
Pulut panggang RM1
Air soya RM2

Membazir!!!!
Menyesal tak guna.
Semua ni mengikut nafsu semta-mata.

Ramadhan 2016: Day 6

8:30:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

 

Credit to "Owh So Muslimah OSM"

Ramadhan 2016: Day 5

8:30:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

 

Credit to "Owh So Muslimah OSM"

Menu Berbuka 4 Ramdhan 1437H

8:30:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum


Sayur air
Bawal sweet sour
Telur dadar
Budu
Murtabak
Timun cina
Air limau kasturi

Ramadhan 2016: Day 4

8:30:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

 

Credit to "Owh So Muslimah OSM"

Menu Berbuka 3 Ramdhan 1437H

8:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum



Daging masak kicap dengan suhun
Ikan bawal goreng garing
Ulam Timun
Budu
Timun cina
Air sirap bandung

Ramadhan 2016: Day 3

8:30:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum


Credit to "Owh So Muslimah OSM"

Menu Berbuka 2 Ramadhan 1437H

10:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Menu malam ni memang sedap ikut selera Mommy.
Gulai lemak wajib ada budu dan ulam. Confirm mabeles!
Mommy masak 3 ekor je pun ikannya. Papa bukan jenis yang suka ratah lauk. Dia makan nasi je banyak.
Sekali masak ni kira stok sampai ke sahur.



Gulai kuning ikan kembung
Ikan kering gelama
Telur dadar
Ikan rebus goreng
Ulam selom
Budu dengan mangga muda
Timun cina
Air ribena

Menu Berbuka 1 Ramdhan 1437H

12:10:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah complete 1 hari puasa.

1st time puasa berbadan dua. Alhamdulillah takde la lembik macam time puasa ganti. Dulu zaman Arissa sambut Ramadhan betul-betul lepas habis pantang. Tengah gigih kumpul EBM. Dua-dua pengalaman berbeza. Tapi yang sama selera. Selera makan bertambah.

Tahun ni kami dah pindah ke Puchong. Tak tau kat mana bazaar Ramadhan. Jadinya Mommy kena la masak. Eh tapi mengandung kali ni memang kurang sikit selera nak membeli makanan kat luar. Cuma ada la rasa nak makan itu ini. Makanan kelantan mostly.

Semalam pukul 12 tengahari gagahkan jugak pergi pasar Presint 8. Peti ais dah takde lauk. Ada ayam je. Ayam memang tak berapa lalu nak makan sekarang ni.

Balik 4.30 terus pecut. Pukul 5 tepat sampai rumah. Mandi solat terus sarung apron. Cuci ikan udang semua. Pukul 6.15 start masak. 7.30 siap semua!


Menu:
Sayur lemak terung
Udang masak merah
Telur dadar
Budu dengan mangga muda
Air sirap

Ramadhan 2016: Day 2

8:30:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum


Credit to "Owh So Muslimah OSM"

Ramadhan 2016: Day 1

10:11:00 AM 2 Comments A+ a-

Alhamdulillah

Jumpa lagi kita dengan Ramadhan tahun ini.

Dan....

Kami sefamili kembali bersahur berbuka bersama. Yeayyyy! Haha! Dulu gatal sangat nak balik kampung kan. Kalau tahun lepas bersahur berbuka semua menu sedap-sedap. Menu main request je. Tahun ni jangan harap la. Mommy yang kena perah otak fikir nak masak apa.

Bazaar Ramadhan kat sini pun tak menarik sangat menunya. Maklum laa... ore kelate. Mesti nak cari kuih manis-manis untuk berbuka. Mana la nak dapat buah tanjung, akok kedut, taik itik, jala mas, nek bak kat siniiiiiii (#crying)

Bertabahlah.....

Minggu terakhir nanti kita balun semua.

SELAMAT BERPUASA SEMUA

SELAMAT BERTARAWIH BAGI YANG ADA PELUANG





Credit to "Owh So Muslimah OSM"

Adik Arissa is Coming!

5:12:00 PM 4 Comments A+ a-

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah hampir 2 tahun berusaha dan berdoa, Allah dengan dan makbulkan juga doa hamba dia ni. Percayalah dan yakinlah perancangan Allah adalah yang terbaik!

Mommy nak start buat diari Journey Motherhood lagi sekali ni. Harap-harap lebih disiplin. Ada benda lain nak cerita tapi yang penting nak tulis ini dulu.

25 Februari 2016 (Khamis), 6:00 AM - UPT +ve
Malam sebelum keluar ke Tesco teman Papa pergi Celcom sambil singgal beli UPT dekat Watsons. Period due baru lewat 5 hari. Tapi my period proper. Jarang sangat lewat. So better check dari duk risau nak makan itu ini.

Bangun pagi tadi sambil mandi terus check. Berdebar! Tengok 1 line je. Ok pasrah. Ada jugak sedih tapi redha bukan rezeki lagi kot. Tapi UPT masih kat tangan. Tiba-tiba. Eh! Macam ada 1 line lagi blur-blur. Mata dah kabur. Dah nak berkaca dah. Alhamdulillah. Allah dengar doa kami. Subhanallah! Syukur sangat.

Mommy sengaja tinggalkan UPT dalam bilik air. Letak dekat tempat tisu dekat dengan paip untuk ambil wudhuk. Konon nak surprisekan Papa. Tapi.... lepas dia mandi selamba je keluar macam takde apa-apa. Dia tak perasan pun rupanya. Hadoiii dia ni kan.

Kita ni konon la berangan nak rasa macam dalam drama tu. Konon lepas Papa nampak UPT tu dia keluar terus peluk dari belakang. Ucap tahniah. Kahkahkahkah berangan!. Takde nya dia nak romantik macam tu.

Tapi lepas masing-masing keluar ke ofis, habis dia call rupanya. Dia call My Ma, My Abah dan MIL. Excited rupanya! Mommy ingatkan nak buat surprise bila balik kampung nanti bawak perut. Kantoi!