Adik Arissa is Coming!

5:12:00 PM 4 Comments A+ a-

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah hampir 2 tahun berusaha dan berdoa, Allah dengan dan makbulkan juga doa hamba dia ni. Percayalah dan yakinlah perancangan Allah adalah yang terbaik!

Mommy nak start buat diari Journey Motherhood lagi sekali ni. Harap-harap lebih disiplin. Ada benda lain nak cerita tapi yang penting nak tulis ini dulu.

25 Februari 2016 (Khamis), 6:00 AM - UPT +ve
Malam sebelum keluar ke Tesco teman Papa pergi Celcom sambil singgal beli UPT dekat Watsons. Period due baru lewat 5 hari. Tapi my period proper. Jarang sangat lewat. So better check dari duk risau nak makan itu ini.

Bangun pagi tadi sambil mandi terus check. Berdebar! Tengok 1 line je. Ok pasrah. Ada jugak sedih tapi redha bukan rezeki lagi kot. Tapi UPT masih kat tangan. Tiba-tiba. Eh! Macam ada 1 line lagi blur-blur. Mata dah kabur. Dah nak berkaca dah. Alhamdulillah. Allah dengar doa kami. Subhanallah! Syukur sangat.

Mommy sengaja tinggalkan UPT dalam bilik air. Letak dekat tempat tisu dekat dengan paip untuk ambil wudhuk. Konon nak surprisekan Papa. Tapi.... lepas dia mandi selamba je keluar macam takde apa-apa. Dia tak perasan pun rupanya. Hadoiii dia ni kan.

Kita ni konon la berangan nak rasa macam dalam drama tu. Konon lepas Papa nampak UPT tu dia keluar terus peluk dari belakang. Ucap tahniah. Kahkahkahkah berangan!. Takde nya dia nak romantik macam tu.

Tapi lepas masing-masing keluar ke ofis, habis dia call rupanya. Dia call My Ma, My Abah dan MIL. Excited rupanya! Mommy ingatkan nak buat surprise bila balik kampung nanti bawak perut. Kantoi!

4 kawan cakap

Write kawan cakap
April 13, 2016 at 11:51 AM delete

tahniah mommy!!!! waaaa xsabar nak tgk adik arissa nt..take care ha semoga dipermudah dan selamat blako... :)

Reply
avatar
May 12, 2016 at 11:39 AM delete

timo kasih Mama Yat. InshaaAllah harap2 mudoh2 la sapa ko hari nanti

Reply
avatar