Arissa Turn 5 Today

2:57:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah

17 Jun 2016

Arissa cukup 5 tahun!
Lahir kamu genap setahun selepas Mommy dan Papa diakadkan.

Cepatnya masa berlalu.
Lepas setahun setahun.
Tau-tau tahun ni dah nak jadi kakak.

Alhamdulillah!
Masin mulut Mommy juga kot dulu selalu cakap nak Arisaa dapat adik bila dia dah cukup 5 tahun.
Kononnya takut dia tak sempat puas rasa kasih sayang.
Yela bila dah jadi kakak of course kasih sayang Mommy Papa dah kena kongsi.

Takpe la Arissa. At least awak dapat kawan juga lepas ni.
InshaAllah.

Dear My 1st Daughter
ARISSA

Mommy Papa sayang sangat-sangat dekat Arissa.
Walaupun sekarang Arissa kerap kena marah. Kadang kena cubit.
Bukan sebab Mommy Papa benci. Bukan kami tak sayang.
Mustahil boleh tak sayang.
Parut kat perut Mommy masih ada. Tak hilang sampai bila-bila.
Tanda Mommy sanggup berkorban nyawa lahirkan awak dulu.

Mommy faham Arissa nakkan perhatian lebih.
Mommy tau Arissa rasa tergugat bila nak dapat adik.
Mungkin sebab pregnant ni Mommy terlepas rasa penat dah marah pada Arissa.
Arissa pun semenjak dua menjak ni memang kerap sangat buat perangai.

Sorry Sayang.... Mommy Papa kekadang terhilang sabar hadapi karenah awak.
Tapi....
Tak pernah hilang sedikit pun rasa sayang pada Arissa.
Arissa tetap My 1st Daughter.
Hadiah terindah tanda cinta Mommy dan Papa.

Mommy tak pernah lupa doakan anak-anak Mommy
Semoga Allah lindungi Arissa, beri kesihatan, kebahagian, permudahkan segala urusan dan berikan kejayaan dunia dan akhirat buat kamu.


Majlis hari jadi kita buat lepas raya yea ^___^