Kek Pisang Bantat

2:04:00 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Akhirnya terbeli juga mixer. Walaupun bukan mixer impian. Huhuhu... Takpe la janji ada sebijik kan. Mood membaking pun bukan selalu ada. Masa pun lagi la tak pernah ada kami ni lekat dekat rumah time- time cuti.


Inilah mixer je. Sampai sakit kaki Mommy tawaf IOI Putrajaya nu dengan Papa dan Arissa. Kitorang memang jenis yang akan survey harga dulu. Kekadang dah survey pun terbeli yang mahal jugak!

RM139. Jenama Elba. Beli dekat Home Pro.

Berangan nak pemukul yang macam Kitchen Aid. Tapi kalau jenis pemukul gitu range harga paling murah pun dah RM500. Tak payah la membazir ikut nafsu.

Cadangnya hari Ahad lepas nak terus try buat kek, tapi dah terrrrrrrlalu penat. Postpone.

Semalam dah pukul 6 tetiba rasa nak buat kek. Tengok pisang ada lagi. 

"Ok. Jom Arissa kita buat kek"

Melompat la semek tu suka sangat dia. Dah tak sabar.

Mommy buat pakai resepi dari kak Azie Kitchen sebabnya bahan dia pakai minyak.
 
Owhh lagi 1 sebab kena buat jugak semalam sebab kesian Papa sanggup berhujan singgah belikan minyak jagung untuk wife dia ni.
 
"Tenkiu Bie!"
 
Resepi dia senang sangat. Tapi skill kalau dah takde tak jadi jugak.
 
Ini hasilnya masa masih dalam oven.
 
 
 
Bau dia wangi. Sampai tingkat atas pun boleh bau.
 
Tapi bila matikan suis oven. Terus dia kuncup! Mendap!
 Bila potong tak masak bahagian tengah. Garing kat luar je.
Tapi rasa dia sedap!
 
 
 
Terus Mommy wassap Queen Affe tokey kek.
Rupanya sebab Mommy derhaka step dia. Patutnya bila masuk tepung kena kaup balik je. Mommy bantai mix dengan mixer sampai dekat 1/2 jam. Excited.... mixer baru katakan.....
 
 Malam ni kalau larat kita cuba lagi!

1 kawan cakap:

Write kawan cakap