Menu Berbuka 1 Ramdhan 1437H

12:10:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah complete 1 hari puasa.

1st time puasa berbadan dua. Alhamdulillah takde la lembik macam time puasa ganti. Dulu zaman Arissa sambut Ramadhan betul-betul lepas habis pantang. Tengah gigih kumpul EBM. Dua-dua pengalaman berbeza. Tapi yang sama selera. Selera makan bertambah.

Tahun ni kami dah pindah ke Puchong. Tak tau kat mana bazaar Ramadhan. Jadinya Mommy kena la masak. Eh tapi mengandung kali ni memang kurang sikit selera nak membeli makanan kat luar. Cuma ada la rasa nak makan itu ini. Makanan kelantan mostly.

Semalam pukul 12 tengahari gagahkan jugak pergi pasar Presint 8. Peti ais dah takde lauk. Ada ayam je. Ayam memang tak berapa lalu nak makan sekarang ni.

Balik 4.30 terus pecut. Pukul 5 tepat sampai rumah. Mandi solat terus sarung apron. Cuci ikan udang semua. Pukul 6.15 start masak. 7.30 siap semua!


Menu:
Sayur lemak terung
Udang masak merah
Telur dadar
Budu dengan mangga muda
Air sirap