Minum Air Gula

11:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Again!



Sama macam zaman pregnantkan Arissa dulu, Mommy kena minum air gula.
Yang nasib baiknya sebab sekali je. Arissa dulu sampai 3x kena repeat!

Untuk adik Arissa Mommy buat appointment pada 17 Jun 2016. Bagus Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 ni. Dah la serba serbi baru. Pastu air yang dibancuh pun gula air sejuk. Takde masalah nak telan.

Resultnya seperti yang dah dijangka. 9.4!
-________-

History keluarga dan history last pregnancy juga kot. Tak boleh nak lari.
Lagi satu memang diakui bulan puasa ni Mommy asyik nak makan minum benda manis.

Nurse call petang Jumaat suruh buat BSP on weekends.
Tapi mana boleh jadual shopping dah penuh.
So Mommy decide nak beli sendiri alat test gula.
Lagi 1 kalau tak beli nak kena ulang-alik ke klinik tiap kali nak test.
4x sehari hokehhh!