Pengalaman Bersalin ke2 Part 1: Last Checkup

5:14:00 PM 0 Comments A+ a-

4.10.2016 (Selasa) 9am

Last checkup di Klinik Kesihatan Putrajaya P*

Mommy ingatkan appointment FMS dengan doktor pakar ni untuk review adik Arissa. Rupanya appointment ni sebab nak consult pasal GDM. Sejam lebih doktor duk bagi nasihat sambil warning sikit supaya Mommy control pengambilan gula dalam diet. Bosannya lahaiiii!

Yang tak syoknya macam nak promote barang pun ada sebab dia tanya Mommy dah ada breastpump ke tak. Mommy bagitau la baru je beli semalam yang double pump. Tapi boleh pulak dia suggestkan untuk beli brand Freemie ke apa yang boleh guna hands free. Alahaiii doktor cukup la dulu yang dah beli ni. Lepas tu dia promote suruh Mommy beli gula dalam sachet dekat farmasi khas untuk orang diabetis. Hmmmmm......

Dah sejam lebih pot pet pot pet. Baru dia nak scan baby.

Bila Mommy baring dia tanya kenapa pelik bentuk perut ni. Mommy cakap la position baby masih transverse. Masa tu dah 37weeks.

Terus muka dia serious. Bila scan memang betul kepala baby kat rusuk kanan Mommy dan punggung dia duk kat rusuk kiri.

Doktor tanya bila sedar position baby macam ni. Mommy cakap dari 7 bulan lagi. 1st pregnanc y pun sama. Dia tanya lagi kenapa tak bagitau misi masa checkup. Mommy ada bengang sikit dengan misi yang checkup last week. Misi tu cakap "Biasa je ni. Nanti dia pusing lagi". Mommy siap bagitau history Arissa dulu tapi dia buat muka annoying je. Masa tu Mommy ha rap dia boleh refer Mommy ke hospital ke apa macam Arissa dulu. Tapi tak.

Lagi la doktor pakar tu berubah muka dia bila Mommy dah komplen gitu. Dia cakap sebab Mommy dah 37weeks dan ada previous scar sepatutnya kena refer lebih awal. Dia panggil pulak bos dia yang lagi senior untuk mintak advise.

Mulanya dia suruh Mommy terus ke Hospital Putrajaya untuk refer kes. Mommy mintak untuk refer ke HUSM sebab nak balik bersalin kat sana. Dia tak bagi sebab masa tu kedudukan tulang belakang baby ke atas. Means plasenta baby di bawah. Bahaya takut tali pusat terkeluar dulu. So dia buat surat refer ke Hospital Putrajaya dulu.

Lepas 'breakfast' pukul 11 lebih, Mommy terus ke HPJ. Nasib baik doktor tadi dah bagi MC.

Di HPJ pun nasib baik takde la kena tunggu lama sangat. Doktor scan baby masih position sama. Terus dia suruh admit kat situ. Oh NO! Mommy refused. Mommy cakap nak balik HUSM this weekend. Tak boleh katanya. High risk takut apa-apa jadi tengah jalan. Kalau nak balik kena balik today! Haiyoooo barang apa pun tak kemas lagi ni. Takat beg hospital je ada.

Doktor tu keluar kejap jumpa senior dia. Lepastu tetiba masuk balik dah siap pakai glove. Dia nak buat VE! Nooooooo! Again Mommy refused. Mommy cakap takut nanti contraction tengah jalan. Fuhhhh selamat.

Call Papa suruh balik sekarang. Mommy singgah office kejap copy apa yang patut. Salam-salam pastu pegi amik Arissa.

Sampai rumah dah 3.45pm. Mandi solat Zohor terus start mengemas. Baju main campak je dalam beg. Penuh 1 kereta. Solat Asar. Tepat pukul 5 terus gerak.

Dah masuk highway baru teringat. Beg hospital Mommy dan baby ada dalam kereta Mommy!!! Waaaaa.... Papa tobat takkan pusing sebab laluan sebelah dah mula jem. Geramnyaaaaaa!

Sampai rumah MIL pukul 12 malam. Kitorang decide nak ke HUSM besok pagi. Penat.

Bersambung.....

Adik Arissa

10:00:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum 

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

16.10.16 (Ahad) 1210pm @ HUSM

Berat 2.95kg

Panjandrum 52cm

She's a GIRL

named

NUR ALEEYA SUMAYYAH

Kisah / pengalaman bersalin kali ini Mommy akan karang part by part. InshaAllah!