Pengalaman Bersalin ke2 Part 2: Refer ke HUSM

4:59:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sambungan dari Pengalaman Bersalin ke2 Part 1: Last Checkup

Entry bersalin untuk NUR ALEEYA SUMAYYAH mungkin banyak episod. Sebab memang banyak cerita dan..... Mommy tak tau sama ada Mommy berpeluang melalui fasa mengandung lagi ke tak. Nauzubillah.... tapi kita tak tau apa akan berlaku akan datang kan.

5 OKTOBER 2016, Rabu

Pukul 8 pagi bergerak dari rumah MIL ke HUSM. Dekat je pun tak sampai 5km. Terus register kat kaunter pendaftaran. Nasib baik orang tak ramai.

Kemudian Mommy dengan Papa ke kaunter O&G pula. Tapi rupanya hari rabu doktor untuk kes ibu anak tak ada. Misi suruh tunggu doktor datang. Sementara tunggu kitorang ke kafe untuk breakfast. Sempat la makan "nasi tupe".

Lepas breakfast terus ke O&G. Sampai je misi panggil dan bagitau kena ADMIT HARINI JUGAK. SEKARANG!

Ishhh tak suka la. Cakap kat misi tengahari saya datang balik sebab tak bawak apa pun lagi. Dia suruh stay. Dia suruh Papa balik ambil beg. Mommy tetap berkeras nak balik jugak sebab bukan jauh pun.

Sebelum balik kitorang ke rumah my ma dulu. Hantar dan nak ambil barang yang patut. Otw tu Mommy dah sebak. Nak masuk hospital ni.... tau next apa cerita. Sedih nak tinggal Arissa lagi.

Sampai rumah MIL, terus kemas beg. Lepas lunch pukul 2 gerak ke hospital. Salam peluk Arissa. Sedih wehhhh.....

Sampai hospital ambil nombor untuk admit ward. Tunggu lagi untuk di-usher ke ward. Again. Ke wad 2 Baiduri. Setel apa yang patut then dapat katil no 3 dan di bawah Team D.

Papa tunggu kejap tapi tak boleh lama sebab belum waktu melawat. Salam Papa sebelum dia balik pun Mommy tak boleh nak tengok mata dia. Automatik jadi emo.

Lepas Papa turun, misi pasangkan CTG. Mommy suka la buat CTG ni. Dapat dengar heart beat baby. Rasa dekat sangat dengan dia. Dekat sejam jugak dia pasang benda tu.

Dalam pukul 4.30 doktor pakar datang melawat. Dia bagitau nak monitor dulu position baby sebab masa dia melawat tu kepala baby duduk kat bawah pulak. Punggung kat rusuk kanan. Mommy call bagitau Papa. So Papa decide nak balik Puchong dulu sebab Mommy kemungkinan besar takkan bersalin lagi. 5.30pm Papa gerak balik Puchong.

Malamnya takde buat apa. Misi datang check position baby. Misi cakap macam melintang (transverse) lagi. Mommy pun tak pasti. Bosan la orang sehat duk dalam wad.

Bersambung...