Pengalaman Bersalin Aleeya Part 3: Baby Berpusing

3:25:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sambungan dari previous post.
Mommy sengaja tulis detail semua ni untuk kenangan. Yea la sebab Mommy pun tak tau lepas ni macamana sama ada masih ada rezeki lagi untuk rasa nikmat mengandung dan bersalin. Wallahhualam....

Ok sambung!

Hari ke-2 dan ke-3 Mommy di wad masih rutin yang sama. Bosan! Orang lain masuk 1 malam besok dah boleh discharge dengan baby. Mommy kat situ duk kira orang keluar masuk.

6 Oktober 2016, Khamis

Around pukul 9am doktor pakar datang melawat. Dia check kedudukan kepala baby dah kat bawah katanya. Dia suruh doktor kat situ monitor lagi. Kalau besok masih oblique, boleh discharge. Tapi dia  ada tanya nak bersalin normal atau czer lagi since Mommy dah ada scar so boleh pilih. Mommy cakap nak bincang dulu dengan husband.

Scan pagi tu pun nampak kepala baby kat bawah. Patut la sejak menginap kat wad ni Mommy asyik nak terkucil.

7 Oktober 2017,Jumaat

9am doktor scan lagi. Still oblique.
Boleh discharge! 
Yayyyyyy!!!!!

Seronok tak boleh nak cakap. Mommy uruskan sendiri semua urusan untuk discharge. Berjalan jauh giler nak ke kaunter hasil. Sampaikan misi kat situ membebel bila tau Mommy jalan kaki ke sana. Hehee! Kan kata suruh banyak berjalan....

Dekat pukul 1 jugak la baru boleh balik sebab tunggu doktor sediakan MC.
Mommy balik dengan Along kebetulan dia Ada kerja kat situ.

Next checkup is on Oktober 11.