Pengalaman Bersalin Aleeya Final: Sakitttttttttt

1:41:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

16.10.16, Ahad

Cantikkan tarikh ni. Hehe! Salah 1 sebab utama pilih tarikh ni sebab nak hari Ahad. Nak jimatkan cuti Papa. Nasib la laki kerja swasta cuti tak banyak.

8 pagi

Mommy dah siap mandi. Makeup sikit. Makeup youuuu.... Sebab takmo nampak macam dulu, keluar je dari OT muka pucat giler. Scary!

Queue Mommy untuk masuk ke OT adalah #2. Berdebar weh! Ma Abah Asben Adik Along Anak2 sedara MIL semua dah ada tunggu kat luar bilik OT pukul 9 lagi.

10.30 pagi

Misi panggil untuk masukkan tiub salur kencing. Nak tau tak antara belah perut dengan masuk tiub ni, yang ni la Mommy paling tak suka. Bukan sakit tapi TAK SELESA!
Mommy mintak untuk ke toilet dulu. Misi pesan siap-siap tak bagi kencing dulu. Tapi kalau dah masuk toilet automatik nak terkucil.

Misi yang masukkan tiub ni pun ada pengalaman bersalin cser jugak. Alhamdulillah dia buat slow-slow je sebab dia pun cakap tak selesa kan. Bila dah siap gantung beg dia suruh tukar baju pakai topi then baring atas stretcher.

Kebetulan Along naik ke wad masa. Mommy mintak dia panggil Papa. Dah mula rasa sebak bila tengok muka Papa dengan Arissa. Kita tak tau apa akan jadikan. Memang kita doakan yang terbaik tapi jika ni last pandangan Mommy untuk diorang siapa tau. Mommy tak boleh nak bercakap sangat sebab dah sebak.

Misi-misi pun datang jumpa kat stretcher. Mommy ucap terima kasih sebab banyak hari jaga Mommy kat wad.

11.30 pagi

Mommy mula ditolak turun ke OT. Aduhaiiii jantung macam nak tercabut. Perasaan kali ke2 ni lebih mendebarkan. Sebabnya kita dah tau macamana suasana kat dalam tu nanti. Dah tau nak kena cucuk belakang. Dah tau kena ikat tangan bagai.

Sebelum masuk ke bilik OT sempat jumpa FAMILY dulu. Salam mintak maaf semua terus ditolak masuk. Lalu bilik-bilik labor room. Huiii seramnya Mommy tengok katil dorang. Macam tak selesa je. Eh klu dah sakit bersalin sempat ke korang fikir katil tu selesa ke x? Hehe!

Parking dulu kat luar OT. Tunggu turn. Dalam 10 minit nampak kawan kat wad ditolak keluar. Adehhhh sejuk dah kaki tangan semua ni!

Keluar la doktor bius kenalkan diri dia. Tanya nama dan tinggi Mommy. Lepas tu tolak Mommy masuk ke OT.

11.55 pagi

Masuk OT tukar katil. Pastu Doktor Bius suruh bangun dan bongkokkan badan sebab nak cucuk kat belakang. Misi bagi bantal sebijik untuk peluk. Mommy mintak misi tolak belakang Mommy sebab Mommy cakap tak larat nak bongkokkan badan ni dengan sakit back pain. Mommy peluk misi tu sambil bertenang, selawat. Rasa jarum masuk kat belakang, rasa macam 3 kali. Tak tau la betul ke tak.

Dah siap boleh baring. Aaaahhhhh masa ni la syok. Lega dah tak rasa tak selesa kat bawah tu dengan tiub kencing tu. 
Tapiiiiiiiiiiiiii
Yang Mommy tak faham kenapa perlu buang semua kain2 kain baju untuk sapu iodin kat perut ni. Part ni memang Mommy TAK SETUJU. Tangan masa tu dia dah ikat ke tepi. Mommy tanya "Kenapa tak tutup kain ni?" Dia cakap memang macam ni sebab nak sapu ubat, nanti diorang cover balik. Hadoiiiii nasib takde lelaki. Arissa dulu ada staff lelaki tau!

Kemudian masuk la 2 orang doktor muda. Masa ni kain dah letak depan muka Mommy.

Tiba-tiba!!!!!

"Eh dah start ke????" Mommy tanya. Doktor Bius datang sebelah cakap YA dan tanya kenapa? 
Mommy bagitau la saya boleh rasa ni. Saya boleh rasa pedih kena toreh ni. Siap dengan bau benda hangus.
Doktor bius cakap biasa tu. Tu bukan sakit tapi perasaan puan tu. Trauma.
"Tapi saya boleh rasa la. Saya masih boleh rasa jari kaki saya gerak".
Doktor bius cakap dia akan tambah ubat dekat tangan Mommy. So dia cucuk untuk masukkan jarum. Sakit weh dia cucuk. 2 tempat baru ok.
Tapi Mommy bagitau dia Mommy rasa sakit ni. 
Salah sorang Doktor yang tengah belah perut tu jengah kepala tengok Mommy, tapi tak cakap apa, dia teruskan jugak.

Ya ALLAH bukan nak menakutkan, tapi serious memang SAKIT. Sebelum ni dengan orang cerita je rasa sakit masa cser, sekarang kena kat kita sendiri baru tau. Sakit tak boleh nak cakap!

Doktor Bius memang berdiri sebelah cuba tenangkan Mommy. 
Bila Aleeya ditarik keluar, Mommy sempat dengan sikit je suara dia "Erkk" pastu macam bunyi muka kita terselam dalam air. Doktor tak tunjukkan Aleeya kat Mommy.
Mommy tanya Doktor Bius mana baby saya, ok ke tak. Dia cakap baby ok cuma tadi dia lemas sikit sebab belum sempat tarik habis Aleeya dah buka mulut nak menangis, so tersebut cecair. Paediatrik datang ambil dia.
Tapi kejap je Mommy dah boleh dengar suara dia KUAT! Papa azankan Aleeya.
Mommy? Belum settle lagi. Lama pulak kali ni. Arissa dulu dalam 45 minit je dah siap.

Mommy cakap kat Doktor Bius kenapa senak sangat perut saya ni. Rupanya Doktor tengah seluk untuk keluarkan uri. SAKIT! 
Mommy bagitau lagi Doktor Bius sakit ni. Dia tambah ubat kat tangan tapi takde kesan. So dia bagi Mommy sedut gas. Betul la gas ni bukan untuk hilangkan sakit tapi untuk buat kita lalok. 
Mommy mula nampak hitam putih macam jam berpusing. Kita jadi lalok tapi mulut masih duk cakap 
SAKIT..... SAKIT..... SAKIT 

Dia tanggalkan kejap gas tu. Mommy sampai dah mengerang. Mommy tanya lambat lagi ke? Doktor Bius cakap diorang tengah tengok RAHIM/PERANAKAN Mommy. Diorang keluarkan dan letak seketul atas perut Mommy!!!!
Mommy dengar diorang cakap telefon dengan Pakar bagitau keadaan peranakan Mommy. Siap ambil gambar.

Mulut Mommy memang duk sebut SAKIT... SAKIT... ALLAH.... ALLAH
Bila dia nak masukkan balik peranakan tu pulak senak lagi. Allah tak boleh nak bayang la. Memang sakit dengan senak sekali. Rasa sampai ke dada.

Mommy dengar dah azan Zohor. Lamanya......
Bila nak jahit pun satu hal. Boleh rasa wehhh pedih. Rasa benag ditarik. Bukan nak takutkan tapi Mommy nak share apa yang berlaku. Untuk kenangan Mommy jugak.

Dah siap semua diorang nak bersihkan darah, diorang tolak supaya Mommy mengiring, diorang suruh Mommy lembutkan badan. Mommy jawab "Saya tak keraskan badan, saya sakit. Saya duk tahan sakit dari tadi. Memang dia jadi sendiri keras macam ni!"

Sepanjang operation tu memang air mata ni mengalir sebab menahan sakit.

Bila dah siap, Mommy ditolak ke bilik pemantauan. 
Baru la Mommy boleh jumpa Aleeya!
Misi letak Aleeya meniarap atas dada Mommy. Diorang nak bagi dia direct feed.
Mengalir lagi air mata ni bila tengok yang dalam perut selama ni depan mata.
Rambut kerinting. Lebat.
Putih
Pipi labuh sama macam pic scan!
Baru berapa jam keluar dah gagah angkat kepala sendiri. Kaki duk tujah perut. Adehhh sakit dik oii
Misi cakap Aleeya dah siap kencing berak semua. 
Alhamdulillah.

1.30 tengahari

Misi bungkus Aleeya letak celah kaki Mommy dan tolak keluar sekali.
Misi yang tolak Mommy ke wad = misi yang masukkan tiub kencing tadi.
Mommy cakap kat dia "Serik la macam ni. Sakit sangat" Dia pun hairan kenapa pulak, sakit kan ke bius.

Sampai kat wad, doktor datang nak rasa rahim dah turun ke belum, dia letak je jari kat atas perut, belum tekah yea. Mommy dah senak. Ya Allah sakit tak boleh nak cakap. Tapi dia cakap dia terpaksa tekat kat pusat sebab nak ukur rahim masih kedudukan tinggi ke tak. Mommy tempis tangan dia tanpa sengaja. Sebab SAKIT GILER!! Dia pegang tangan Mommy sambil say sorry.



NUR ALEEYA SUMAYYAH
2.95kg / 52cm
16.10.16 @ 1210pm